Tarikh Permulaan Puasa 2013 (Awal Ramadhan / Hari Pertama Puasa)

<- Like and Share

Berdasarkan maklumat dari Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, tarikh permulaan Puasa 2013 (1 Ramadhan 1434, Awal Ramadhan) jatuh pada 10 Julai 2013. Tarikh ini tertakluk kepada perubahan dan akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

Bulan Puasa 2013

Ini bererti, kemungkinan besar bulan Puasa 2013 akan bermula pada 10 Julai 2013 dan berakhir pada 7 Ogos 2013 kerana 1 Syawal 1434 (Hari Raya Puasa / Idul Fitri) dijangka jatuh pada 8 Ogos 2013.

Cuti Umum dalam Bulan Puasa 2013

10 Julai 2013 (Rabu) merupakan cuti umum Awal Ramadan di negeri Johor, Kedah dan Melaka. 13 Julai 2013 (Sabtu) pula merupakan cuti umum di negeri Pulau Pinang bagi meraikan Hari Jadi Tuan Yang Terutama Governor Pulau Pinang. Nuzul Al-Quran pula akan disambut sebagai cuti umum di negeri Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor dan Terengganu pada 26 Julai 2013 (Jumaat). Selain itu, tiada cuti umum peringkat persekutuan yang jatuh dalam Bulan Puasa 2013.

^^ Like and Share



Leave a Reply